NGO

PPIM Bongkar Status Daging Halal Luar Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging halal untuk pasaran di negara ini.

Baru-baru ini Ketua Aktivis PPIM, Nadzim [email protected] menerima maklumat dari sumber yang sah mendedahkan bagaimana ternakan dizalimi dan proses penyembelihan yang tidak mengikut prosedur halal berlaku di luar negara.

“Lebih membimbangkan syarikat tersebut merupakan pemegang sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” tegasnya.

Nadzim berkata PPIM akan terus menggesa pihak JAKIM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh supaya tidak ada unsur-unsur penipuan demi menjamin kepentingan pengguna.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PERKEMAS), Faizal Mohd Nor berkata, PPIM dan PERKEMAS yakin terdapat unsur-unsur jelas perlanggaran protokol penyembelihan sebagaimana telah digariskan oleh SOP halal JAKIM.

Bukti yang diterima PPIM dan PERKEMAS terdiri daripada video dan gambar serta dikukuhkan dengan saksi pekena sembelihan.

“Siasatan menyeluruh perlu dilakukan segera oleh pihak integriti seperti JAKIM, SPRM, PDRM dan merombak semula struktur organisasi JAKIM,” katanya.

PPIM dan PERKEMAS amat bimbang dengan perkembangan terbaru kes ini kerana bekalan daging dari sumber tersebut dipercayai sudah lama dibekalkan kepada umat Islam di negara ini.

“Antara kaedah yang didedahkan ialah haiwan sembelihan dilemaskan dalam takungan dara dan haiwan tersebut juga dipercayai dibiarkan mati akibat gigitan anjing-anjing liar sehingga menjadi bangkai sebelum diproses untuk dijual di negara ini,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

PPIM dan PERKEMAS turut berkongsi paparan video, gambar dan kenyataan saksi iaitu pekena di rumah sembelihan terlibat kepada media.

Nadzim dan Faizal mahu pihak JAKIM bertanggungjawab dan mengemukakan bukti mengenai dakwaan ini.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Ad) Terima Kasih. [TAMAT]

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button