Portal Aduan Buli Di Sekolah Dilancarkan – PDRM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SUNGAI PETANI, 21 Ogos 2022 – Pelancaran Portal Aduan Buli Peringkat Daerah Kuala Muda di Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun telah disempurnakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Muda semasa berlangsungnya Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera:Sepakat Dan Selamat. Pelancaran portal tersebut adalah bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Portal aduan buli itu boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan ia menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.”
“Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.”
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkolaborasi dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini melancarkan program Sekolahku Sejahtera:Sepakat Dan Selamat itu bagi menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.
Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sebanyak 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara direkodkan antara Januari dan Julai tahun ini.
“Apa yang penting berikan maklumat tepat untuk kami lakukan siasatan. Setiap aduan diterima akan direkod dan maklumat pengadu juga boleh dirahsiakan sekiranya mereka inginkan.”