Tempatan

Ponteng Puasa: ‘Lokasi Panas’ Diserbu, 85 Notis Dikeluarkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 11 April 2023 – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan serbuan ke beberapa ‘lokasi panas’ dan mengeluarkan sebanyak 85 notis kesalahan kepada individu yang didapati tidak berpuasa dalam Op Kutip dan Op Kesan sejak awal Ramadan lalu, memetik berita tempatan.

“Tindakan terpaksa diambil pada hari ini setelah lokasi ini banyak kali diadukan sebagai ‘lokasi panas’ yang menjual makanan kepada orang Islam sekalipun Bahagian Penguatkuasaan JAINJ telah beberapa kali datang memberi nasihat,” menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid, semalam.

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri Diawalkan, Selewatnya Jumaat Ini

BACA JUGA: Tentera Hilang Ketika Operasi Di Hutan Simpan Belum

BACA JUGA: Sarawak Bakal Bina Sekolah Islam Antarabangsa Pertama Tahun Depan

Katanya, Ops Kesan dan Ops Tapi itu dijalankan di Bazar Ramadan Taman Suria, Kawasan Perindustrian Larkin, Pusat Perniagaan Bandar Baru Uda dan bandar raya Johor Bahru yang diketuai oleh beliau dan disertai 97 pegawai dan anggota JAINJ yang lain.

Dalam operasi tersebut, sebanyak empat notis kesalahan pula dikeluarkan kepada pemilik kedai kerana menjual makanan serta minuman kepada individu yang tidak berpuasa.

“Antara perbuatan yang diambil tindakan dalam operasi ini termasuklah makan, minum dan juga menghisap rokok di kawasan awam serta mana-mana tempat berbuka,” jelasnya.

Berkata lanjut, kesemua notis kesalahan yang dikeluarkan oleh pihaknya dibuat mengikut Seksyen 15(a) dan Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

“Kita juga terus menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi mendapatkan kerjasama mengatasi masalah ini.”

Dalam Ops Kutip pula, katanya sebanyak 12 tangkapan telah dibuat mengikut Seksyen 106 kerana mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: