Antarabangsa

Pondan Cabul Pelajar Perempuan Dalam Tandas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LOUDUN, 1 November 2021 – Seorang pelajar lelaki didapati bersalah selepas mencabul seorang pelajar perempuan di bilik mandi Sekolah Tinggi Stone Bridge pada bulan Mei yang lalu, lapor RT News.

Malangnya, pihak sekolah bertegas bahawa kejadian itu tidak berlaku serta menafikan gambar tular di media sosial yang menunjukkan bapa kepada mangsa ditangkap dan diheret keluar dari mesyuarat lembaga sekolah.

Setelah dipindahkan ke Broad Run High School secara diam-diam, suspek kini terlibat dengan tuduhan melakukan beberapa kesalahan lain.

Sebagai tanda protes terhadap Sekolah Tinggi Stone Bridge yang mendiamkan hal ini, pelajar-pelajar Broad Run High School telah mengambil tindakan dengan melancarkan demonstrasi dan berkongsi di media sosial.

Persatuan Lembaga Sekolah mengeluarkan surat kontroversi dan menggelar ibu bapa yang prihatin sebagai ‘pengganas domestik’ berikutan tuntutan permohonan maaf yang perlu dilakukan oleh pihak mangsa terhadap keluarga suspek yang dikenali sebagai ‘non-binari’.

Suspek akan berhadapan dengan hukuman pada bulan November walaupun masih belum dimaklumkan jenis hukuman yang bakal didepani beliau atas kesalahan mencabul seorang pelajar perempuan di bilik mandi Sekolah Tinggi Stone Bridge pada Mei lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: