Antarabangsa

Politik Singapura ‘Bergolak’ Kerana Golongan Warga Asing Bangsawan Di Sana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 10 Julai 2022 – Pada pilihan raya 2020, parti People’s Action Party (PAP) masih menjuarai tampuk pemerintahan Singapura. Namun, di sebalik kemenangan tersebut, parti PAP sebenarnya memegang kerusi paling sikit sepanjang sejarah parti tersebut memerintah.

Punca bagi hal tersebut antaranya, adalah rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Singapura terhadap dasar kerajaan yang dianggap menguntungkan pekerja warga asing yang kaya, ataupun lebih dikenali sebagai golongan ekspatriat.

“Kami tak dapat pekerjaan, ataupun kami dapat kerja yang picisan – semua pekerjaan yang bagus pergi kepada golongan ekspatriat,” tegas Gilbert Goh, salah seorang aktivis di sana, seperti yang dilaporkan The Economist.

Perasaan yang disuarakan oleh penganjur demonstrasi anti pendatang asing tersebut tidak hanya terhad kepada dirinya, di mana menurut tinjauan Institute for Policy Studies pada tahun 2021, lebih daripada separuh rakyat Singapura menganggap pekerja asing ‘mencuri’ pekerjaan mereka.

Sentimen ini dapat dilihat hatta dalam kalangan ahli parti PAP sendiri, di mana Lawrence Wong, salah seorang ‘nama besar’ dalam parti PAP telah mengubah sedikit hala tuju dasar PAP apabila beliau mengakui “keresahan” yang dialami rakyat Singapura.

Lapor The Economist, keresahan tersebut adalah berpunca daripada persepsi rakyat Singapura bahawa mereka perlu terus bersaing dengan pekerja warga asing ini dari setiap genap aspek pekerjaan mereka.

Sebagai langkah memenangi hati rakyatnya, kerajaan Singapura telah melakukan pelbagai perubahan dasar, seperti meningkatkan kos bagi mengambil pekerja warga asing.

Antara punca utama bagi jumlah pekerja asing kaya yang ramai di Singapura adalah kerana dasar ekonomi negara pulau tersebut sendiri yang ‘membuka’ pintu untuk institusi kewangan antarabangsa bertapak di situ.

Hasil dari yang demikian, syarikat-syarikat kewangan terbabit juga membawa masuk pekerja-pekerja dari luar mengikut kesesuaian kehendak syarikat dan operasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: