Antarabangsa

Walau Dibantah, Kerajaan Baharu Israel Luluskan Perarakan Nasionalis Yahudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMAQDIS, 15 Jun 2021 – Kerajaan baharu Israel semalam memberi lampu hijau kepada nasionalis Yahudi untuk mengadakan perarakan kontroversi melalui Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Kebenaran diberi untuk ‘March of the Flags’ yang dijadualkan berlangsung hari ini, meskipun timbul kebimbangan akan ketegangan tercetus semula dengan Palestin.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, mengecam perarakan itu yang disifatkan sebagai provokasi.

“Kami memberi amaran kesan bahaya mungkin tercetus akibat niat kuasa penjajah membenarkan pelampau Israel mengadakan perarakan ‘Flag March’ di Baitulmaqdis yang diduduki.”

Malah, perarakan itu merupakan satu pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan Baitulmaqdis serta kesuciannya, yang mesti dihentikan.

Polis penjajah zionis mengumumkan  bahawa mereka telah membuat persiapan untuk perarakan dengan kekuatan 2500 polis penjajah Zionis , yang dijadualkan bermula dari Bab al-Amud hingga Bab al-Khalil hingga al-Buraq Wall.

Sebelum ini, perarakan itu dijadualkan berlangsung pada Khamis lalu, namun ditunda susulan amaran daripada HAMAS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: