Politik Lantik 3 TPM, Politik Bazir Wang Negara
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
1. Bagi meraih sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, masing-masing BN dan PH mencadangkan dalam Manifesto masing-masing jawatan TPM untuk Sabah dan Sarawak. Ini bermakna akan ada 3 TPM termasuk 1 dari Semenanjung. Lagi cantik dan meriah serta lagi banyak BN dan PH mendapat undi kalau tiap negeri diberi jawatan TPM. Malaysia akan ada 13 TPM. Bukankah hebat.
Tercatit dalam buku World Records.
2. Kalau 3 TPM, maka kena ada 12 motorcade polis pengiring dan sebuah kereta peronda bagi setiap TPM. Bodyguard juga setidak-tidaknya 6 orang satu TPM. Maka jika 3 TPM , maka sejumlah 18 bodyguard mesti diadakan. Tiap-tiap TPM boleh lantik Pegawai Khas sejumlah sesedap hati. Ini dikira langkah menambah pekerjaan tidak berfaedah dan membazir wang negara milIk rakyat. Langkah reformasi yang terbaik, cakna dan rakyat Malaysia mempunyai 3 TPM tetapi harga barang dan kos sara hidup terus naik, hutang negara terus meningkat dan kos belanja untuk 3 TPM boleh menampung 500 orang miskin tegar setiap bulan.
3. Sebenarnya jawatan TPM tidak diperlukan. Jawatan TPM tidak ada kuasa Eksekutif. Cukuplah dengan sejumlah Menteri-Menteri yang sedia ada dan mana-mana Menteri boleh menjalankan tugas sewaktu PM bercuti atau keluar negara. Sebelum Dewan dibubar pada 10hb Oktober 2022, hampir 1 tahun , Malaysia tidak ada TPM pun. Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia mati tanpa TPM.
4. Politik di Malaysia terkini adalah politik membazir wang negara, janji kosong, bentang belanjawan untuk umpan rakyat tapi Dewan dibubar. Pendek kata semua langkah politik parti-parti tertentu dibuat ikut sesuka hati kerana mereka ingat Negara Malaysia ini bapak mereka punya.
5. Rakyat Sabah dan Sarawak bukan mahu jawatan TPM, tapi mahu layanan sama rata dengan Semenanjung dan janji M63 yang dipersetujui sebelum menyertai Malaysia pada tahun 1963. Jika diberi jawatan TPM satu untuk Sabah dan satu untuk Sarawak, hanya 2 orang dapat nikmat. Jika Sabah dan Sarawak dilayan dengan adil dan saksama, semua rakyat Sabah dan Sarawak dapat faedah.
Makin teruk politik Malaysia
Dato Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandanhan samudera.my*