Antarabangsa

Polisi Inklusiviti, Starbucks Disaman Kumpulan Konservatif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 September 2022 – Para eksekutif dan pengarah Starbucks Corp telah disaman oleh sebuah badan pemikir berkenaan agenda rangkaian perniagaan kopi tersebut dalam mempromosikan kepelbagaian sehinggakan ianya menjadi diskriminasi bangsa.

Di dalam aduan yang difailkan pada Selasa lalu, National Center for Public Policy Research, sebuah badan pemikir konservatif membantah ketetapan yang dibuat oleh Starbucks berkenaan matlamat pengambilan pekerja bagi golongan kulit hitam dan kelompok-kelompok selain daripada orang kulit putih oleh syarikat berkenaan.

Selain itu juga, badan pemikir berkenaan turut membantah amalan Starbucks dalam mengurniakan kontrak perniagaan kepada pembekal-pembekal dari golongan selain kulit putih serta diskriminasi yang sama dalam hal pengiklanan. Starbucks juga dibantah berkenaan praktis memberi bayaran bertaraf eksekutif kepada golongan bukan kulit putih.

Plaintif, seorang pemegang saham Starbucks menyatakan bahawa polisi-polisi yang dilakukan memerlukan syarikat tersebut untuk membuat keputusan berdasarkan bangsa, yang mana ianya memberi faedah kepada golongan minoriti dan telah menyalahi undang-undang hak sivil di peringkat negeri dan persekutuan.

Ketua Eksekutif Interim, Howard Schultz bersama-sama para pengarah dan eksekutif terkini bersama dengan mantan para pengarah dan eksekutif terdahulu merupakan di antara tiga puluh lima orang yang menjadi defendan dalam kes ini.

Galakan terhadap kepelbagaian ini “memberi manfaat kepada mereka secara peribadi dalam menonjolkan diri mereka sebagai penyokong ‘Inklusi, Kepelbagaian dan Kesamarataan’, walaupun ianya sebenarnya memudaratkan syarikat dan para pemiliknya”, menurut aduan tersebut.

Banyak syarikat yang telah memperhebatkan tumpuan mereka terhadap kepelbagaian atau “diversity”, termasuklah selepas kejadian pembunuhan George Floyd pada Mei 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: