Tempatan

Polis Tempatkan Unit Dron, Tingkat Pengawasan Di Pantai Timur Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 30 Julai 2023 – Polis memutuskan untuk menempatkan unit dron di Lahad Datu bagi meningkatkan pengawasan keselamatan di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE).

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Persekutuan, Datuk Seri Hazani Ghazali, dron tersebut akan diletakkan di atas kapal polis marin semasa mereka belayar.

BACA JUGA: Pahang Tubuh Unit Peronda Hidupan Liar, Pantau Kegiatan Langgar Akta

BACA JUGA: Bekas Ahli Parlimen Mahu SKMM ‘Unblock’ Blog Beliau, Atau Ke Mahkamah

BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

Kata beliau, sekiranya berlaku kecemasan, dron berkenaan bertindak sebagai tindak balas pertama sebelum tindakan selanjutnya dikoordinasikan dengan kakitangan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tambah beliau lagi, unit dron itu boleh diwujudkan kerana mereka mempunyai pegawai mahir yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sekali gus boleh melatih unit dron yang ditempatkan di Lahad Datu.

Sebagai langkah awal, kata beliau tanggungjawab berkenaan akan diserahkan kepada pangkalan polis marin di Lahad Datu bagi membantu ESSCOM dalam mengekalkan kawalan keselamatan di kawasan perairan dan sempadan pantai timur Sabah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: