Antarabangsa

Polis Sweden Siasat Insiden Bangkai Babi Dibuang Depan Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 31 Mei 2024 – Polis Sweden pada Rabu menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat jenayah kebencian susulan insiden bangkai babi hutan dibuang di hadapan sebuah masjid di selatan Sweden oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut laporan sebuah agensi berita luar negara, polis mengklasifikasikan aduan berkenaan insiden terbabit sebagai hasutan terhadap kumpulan etnik dan kecurigaan lain mungkin akan bangkit kemudian.

“Saya datang pagi ini dan melihatnya, ia sudah mati,”

“Seorang individu datang dengan kereta dan membuangnya di masjid. Kami tidak tahu siapa dia tetapi ia dirakam oleh kamera pengawasan,” kata ketua yayasan yang menguruskan masjid di Skovde, Smajo Sahat yang kemudiannya menyedari bahawa haiwan yang mati itu adalah babi hutan.

Menurut Sahat, tiada sebarang ancaman terhadap masjid yang baru dibuka sejak setahun lalu baru-baru ini.

“Mengenai mengapa seseorang melakukan ini, kami hanya boleh membuat spekulasi,” tambahnya.

Mengulas lanjut, masjid tersebut dikatakan mempunyai sekitar 1,000 ahli.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: