Tempatan

Polis Siasat Dakwaan Ciapan Hina Azan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUMUT, 25 November 2022 – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang didakwa menghina laungan azan di sebuah masjid di daerah Manjung baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan, tindakan yang tular di Facebook itu telah menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam.

“Perbuatan ini boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini,” katanya.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai ‘Jacky Chan’ itu memuat naik hantaran tersebut dengan berkata; “Ei apa pasal ngan korang ni , speaker tu makin buka makin kuat berteriak, tengah hari jerit, malam jerit, pagi pagi buta pon jerit, org xyah tidor ke ? Hormat la org sikit. Bkn shj korang penduduk taman ni tau x.”

 

unnamed-1.jpg?resize=225%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Justeru itu, kertas siasatan terhadap ‘Jacky Chan’ akan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKM 1998.

Susulan isu ini, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan di kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegas Ketua Polis daerah Manjung itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: