Tempatan

Polis Pulau Pinang Berkas 13 Disyaki ‘Ah Long’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 06 JUN 2023 – Pihak polis telah berjaya memberkas keseluruhan 13 orang suspek yang dituduh terlibat di dalam aktiviti pinjaman wang haram sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Comm Datuk Khaw Kok Chin.

Menurut beliau, kesemua suspek tersebut telah ditangkap di beberapa lokasi berbeza di Perak dan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menegaskan bahawa tangkapan-tangkapan yang dibuat itu adalah menerusi operasi berskala besar. Ujarnya lagi, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti ‘Ah Long’.

Operasi tangkapan tersebut, menurut Khaw, telah dibuat setelah pihak polis menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membanteras aktiviti pinjaman wang secara haram di negeri tersebut.

Operasi tersebut telah melibatkan 28 pasukan yang terdiri daripada 112 orang pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Kesemua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sebelum ini, pada 1 Jun Khaw telah menerima surat “amaran” yang dihantar ke pejabat beliau di Pulau Pinang, di mana surat tersebut mengandungi ugutan supaya pihak polis bekerjasama dengan suspek-suspek tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: