Tempatan

Polis Masih Mencari Bekas Suami Indira Gandhi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 22 September 2022 – Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, memaklumkan bahawa pihak polis masih lagi dalam usaha mencari Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf, berikutan isu hak penjagaan anak antara Riduan dan bekas isterinya, Indira Gandhi.

Beliau dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan waran pengkomitan bertarikh 30 Mei 2014 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Menurut sebuah laporan tempatan,Muhammad Riduan telah memeluk agama Islam pada tahun 2009 sebelum menukarkan agama anaknya, Prasana Diksa, kepada Islam.

Namun, Mahkamah Tinggi Ipoh pada tahun 2010 telah memberikan hak penjagaan penuh anak kepada Indira Gandhi.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan pula mengeluarkan arahan supaya Ketua Polis Negara untuk menangkap Muhammad Riduan atas alasan Riduan telah mengingkari arahan Mahkamah untuk menyerahkan anaknya kepada Indira Gandhi.

ACP Yahaya Hassan juga telah memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang makluman berkaitan kes ini untuk tampil membantu pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: