Terkini

Polis Lancarkan Siasatan, Video Tular Lagu Negaraku Dinyanyikan Dengan Bendera Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 01 Disember 2022 – Pihak Polis Daerah Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes video tular yang memaparkan kejadian Lagu Negaraku dinyanyikan bersama bendera negara Israel.

“Pihak Polis Daerah Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan yang menyatakan telah melihat rakaman video berdurasi 47 saat di dalam Whatsapp Group, di mana lagu Negaraku telah dinyanyikan oleh beberapa individu dan bendera negara Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan bendera negara Israel,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Bin Ku Mahmood dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada bulan September 2022 ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

Susulan itu, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988.

Dalam masa sama, Supritendan Ku Mashariman mengingatkan agar orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: