Tempatan

Kerugian Akibat Scam Boleh Cecah RM1.2 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 13 Ogos 2023 – Kerugian akibat kes penipuan atau ‘scammer’ diunjurkan mampu mencecah hingga RM1.2 bilion pada hujung tahun ini melepasi jumlah kerugian jenayah konvensional lain seperti curi kenderaan dan sebagainya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, unjuran itu diperoleh daripada Mesyuarat Jemaah Menteri semasa pembentangan kertas Majlis Sosial Negara yang antara komponen laporannya ialah berkaitan jenayah scammer.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: Suspek Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’ Telah Dikenal Pasti – Polis

BACA JUGA: Hakisan Pantai Semakin Dekat, Peniaga Risau Tenggelam

“Melihat trend yang dilaporkan dan unjuran kerugian ini memberi kita mesej bahawa jenayah bentuk baharu ini semakin menggila, besar dan memangsakan ramai orang sekiranya tidak berhati-hati.”

“Mereka ini advance dari segi teknologi hingga pemanggil itu seperti genuine. Bila kita bagi sahaja nombor akaun, nombor kad pengenalan, di situ lah akan bermula. Orang yang terpelajar juga jadi mangsa.”

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Justeru, Saifuddin menegaskan kesedaran awam sangat penting dan pihak polis sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha membanteras jenayah penipuan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: