Polis Cari Saksi Kemalangan Maut
PETALING JAYA, 24 Julai 2023 – Polis Daerah Petaling Jaya sedang mencari saksi kemalangan maut yang berlaku di daerah Petaling Jaya, Jalan SS 9A/8, Sungai Way, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid, kemalangan yang berlaku itu melibatkan sebuah Pick-up Nissan X-Trail dengan seorang pejalan kaki berusia 4 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan SS 9A/8, Sungai Way. Pada 23/07/2023 jam lebih kurang 05.30 petang. Pejalan kaki merupakan seorang kanak-kanak lelaki warganegara asing berumur 4 tahun. Dipercayai semasa Pick-Up jenis Nissan X-Trail melalui tempat kejadian tiba-tiba pejalan kaki telah lari melintas jalan raya dan Pick-Up jenis Nissan X-Trail tidak sempat membrek dan terlanggar pejalan kaki. Pejalan kaki telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya semasa menerima rawatan.”
BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM
BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya
BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini
Berikutan itu, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Jalan Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.