Tempatan

Polis Berkas Lelaki Raba & Cium Budak 12 Tahun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 November 2022 – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan.

Kemudian, suspek dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.

Suspek ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang bagi direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: