Tempatan

Perkampungan Haram PATI Di Nilai, MB Terkejut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SEREMBAN, 03 Februari 2023 – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berwajib supaya bertindak dengan segera terhadap kes penempatan haram warga asing di negeri itu.

Katanya, laporan serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing di dalam hutan di Nilai pada Raabu lalu amat mengejutkan dan mengecewakan.

Baca juga: Pakar HDB Singapura: “Bahaya Dari Segi Pertahanan Dan Keselamatan”-Prof Ridhuan Tee

Baca juga: Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang

Baca juga: Kewarganegaraan Automatik Jika Bertutur Dalam BM

Beliau mempersoalkan bagaimana perkara berkenaan berlaku dan mengingatkan pihak berkaitan agar tidak mengulangi kesilapan itu.

“Ia sudah wujud lama tetapi hanya baru dikenal pasti, di mana pihak berkuasa yang sepatutnya bertindak untuk kenal pasti dan cari maklumat? Kini terbongkar setelah sekian lama, dengan ada anak kecil, ibu malah ada sekolah, saya harap tidak berulang.”

Tegasnya, semua pihak berkuasa, sama ada polis, imigresen ataupun pihak berkuasa tempatan perlulah semak apa juga aduan dan ambil tindakan segera.

Ulangnya, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi kerana ia bukannya isu kecil tetapi isu yang besar.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan mengambil semua pihak terlibat dalam Mesyuarat Tindakan Keselamatan Negeri bagi membincangkan perkara tersebut.

Kelmarin, Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring, Nilai.

Dalam serbuan bersepadu itu, seramai 67 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 36 orang kanak-kanak telah ditahan.

Menurut laporan, perkampungan haram tersebut memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik.

Selain itu, kawasan tersebut juga dilaporkan dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Dalam serbuan itu, pihak berwajib juga telah menemukan beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.

Operasi tersebut bermula pukul 1.30 pagi dengan dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: