Antarabangsa

Denmark Tanggalkan Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DENMARK, 03 Februari 2022 – Kerajaan Denmark semenjak awal Februari baru-baru ini telah mengangkat semula semua sekatan berkaitan COVID-19 terhadap rakyatnya, termasuk memberi kebenaran untuk tidak memakai pelitup muka dan rakyat tidak lagi perlu mengemukakan ‘COVID Pass’ untuk ke mana-mana.

Hal ini berikutan dasar kerajaan Denmark yang telah membuang COVID-19 daripada senarai ‘penyakit kritikal dalam kalangan masyarakat’.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke turut menegaskan bahawa tiada sebarang sekatan akan dikenakan melainkan sekiranya ianya adalah betul-betul wajar.

“Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku Disember akan datang. Tapi kita berjanji kepada rakyat Denmark yang kita hanya akan adakan sekatan bila ia betul-betul perlu dan kita akan angkat semula (sekatan tersebut) secepat yang mungkin,” ujar beliau kepada CNN.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Denmark pula menyatakan bahawa walaupun bilangan kes COVID-19 kian meningkat, tetapi ia tidak lagi menjerumus kepada penyakit kronik seperti dahulu.

“Dalam masa kadar jangkitan sedang meningkat, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit jagaan rapi pula menurun,” tegas Søren Brostrøm.

“Saya tidak percaya dengan vaksin secara paksaan. Ianya merupakan langkah farmaseutikal dengan kemungkinan kesan sampingan. Sebagai pihak berkuasa anda perlu iktiraf perkara ini,” tambah beliau lagi.

Masyarakat di Denmark pada awal tahun lepas telah mengadakan demonstrasi membantah pengenalan beberapa sekatan susulan penularan COVID-19, terutama sekali pengenalan sistem ‘pasport vaksin’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: