Tempatan

Agong Titah Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara Dan YASA Bantu Mangsa Banjir Baling

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 20 Julai 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menitahkan Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara dan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) menjalankan misi bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Baling, Kedah, menurut hantaran di Facebook Istana Negara.

Seri Paduka juga menzahirkan rasa simpati dengan ujian serta keperitan yang ditanggung mangsa banjir di Baling, Kedah dan juga menzahirkan harapan semoga bantuan serta sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka.

Misi bantuan dan sumbangan tersebut diketuai oleh Juruiring Tentera Laut kepada Baginda, Laksamana Pertama Datuk Haji Sharum bin Haji Shaim. Turut menyertai misi ini, Juruiring Polis Seri Paduka Baginda, SAC Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Haji Ayob.

Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara pada pagi semalam telah melakukan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al Kahriah di Kupang, Baling, Kedah yang terjejas akibat bencana banjir buruk baru-baru ini.

Kerja-kerja pembersihan tersebut, yang bermula pada jam 9.30 pagi, telah melibatkan seramai 73 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara dan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMRovers) dan dibantu oleh kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, SMART serta Ibu Pejabat Polis Daerah Baling.

Seterusnya, Laksamana Pertama Dato’ Haji Sharum bin Haji Shaim turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) berbentuk baju sekolah, alat tulis dan kasut sekolah kepada 396 pelajar tersebut.

Pasukan TMRovers turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan elektrik kepada rumah-rumah mangsa banjir dan mesin penyembur air kepada sekolah yang terkesan akibat bencana banjir buruk baru-baru ini.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: