PRU-15

PN Sokong Muhyiddin Perdana Menteri, Selesai Hantar Surat Akuan Kepada Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Terkini, Parti Perikatan Nasional (PN) selesai mengemukakan Surat Akuan Berkanun ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi melantik YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin memaklumkan, surat akuan tersebut telah mendapat persetujuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menggalas tanggungajawab sebagai Perdana Menteri.

“Jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya melalui kenyataan yang dibuat hari ini.

Dalam pada itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada gabungan parti PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah memenangi kerusi Melayu Islam terbanyak dan mampu membentuk Kerajaan Persekutuan.

UMMAH juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi muda yang bijak membuat keputusan gabungan parti mana yang mampu mendaulatkan dan menjaga agama,bangsa dan negara serta bersih daripada rasuah dan mempunyai kepimpinan yang berwibawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: