Tempatan

PN Janji Adakan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Seluruh Selangor Jika Menang PRN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 21 Jun 2023 – Perikatan Nasional (PN) berikrar akan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Selangor sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusi gabungan tersebut, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, ia antara manifesto PN bagi memastikan golongan ibu dapat terus bekerja dalam usaha untuk menambah pendapatan isi rumah.

BACA JUGA: ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta

BACA JUGA: SUHAKAM Wajar Amalkan Konsep Transperansi, Kekang Dan Elak Sebaran Ideologi Luar – Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

BACA JUGA: SUHAKAM Tidak Boleh Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan – Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu turut berkata bahawa cadangan itu dibuat selepas mendapati 80 peratus wanita terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak dan ibu bapa di rumah.

“Saya akan beritahu semua wanita di Selangor supaya tidak berhenti kerja.”

“Biar kami menjaga anak-anak anda di pusat jagaan kanak-kanak yang akan ditubuhkan di seluruh Selangor dan dilengkapi dengan kakitangan profesional,” katanya pada Majlis Selangor Baharu Perikatan Nasional Gempur Kuala Langat, baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: