Tempatan

PN Akan Main Peranan Semak, Imbang Dalam Parlimen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 November 2022 – “Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin menerusi hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Katanya, gabungan parti politik itu akan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” tambah beliau.

Dalam hantaran yang sama, Tan Sri Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menerusi kenyataan media daripada Istana Negara baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: