Tempatan

PMX Individu Pertama ID Digital Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau ID Digital yang mana ianya menjadikan beliau sebagai individu pertama di negara ini yang memiliki ID Digital itu.

ID Digital adalah sebuah bentuk identifikasi dan pengesahan individu yang membolehkan sektor awam dan swasta untuk membuat pengesahan identiti pengguna apabila menjalankan transaksi dalam talian.

Tindakan Anwar yang juga merupakan menteri kewangan negara dalam mendaftarkan diri dalam ID Digital ini dijangka akan dapat meningkatkan keyakinan lebih ramai orang untuk turut terlibat sama dalam mendaftarkan diri bagi memperoleh ID Digital.

Anwar sebelum ini telah membuat pengumuman tentang peruntukan yang bersifat segera sebanyak RM80 juta terhadap agensi penyelidikan dan pembangunan, Mimos Bhd. untuk mempercepatkan lagi penggunaan ID Digital dalam kalangan rakyat.

Peruntukan segera tersebut juga adalah bertujuan untuk memperluaskan transformasi digital serta pembinaan inisiatif-inisiatif digital terutamanya yang berkaitan dengan urusan kerajaan.

Anwar juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ID Digital ini juga adalah langkah awal bagi peruntukan subsidi bersasar dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh jabatan-jabatan kerajaan serta sektor-sektor swasta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: