PMX Elak Jawab Isu Harga Telur
AMPANG, 11 Jun 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab soalan berhubung isu jangkaan kenaikan harga telur apabila disoal oleh media.
Sebaliknya, beliau meminta media untuk mendapatkan penjelasan tersebut daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Tanya Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu),” ujarnya sebagai jawapan ringkas kepada pertanyaan mengenai jangkaan kenaikan harga telur dalam pasaran negara.
BACA JUGA: Malaysia Di Ambang Kemusnahan, PMX Ikrar Selamatkan Malaysia
BACA JUGA: JPV Selangor Rampas 247 Tan Karkas Babi Bernilai RM300,000
BACA JUGA: MP Negara Haram Aparteid Israel Gesa Sebahagian Besar Masjid Al-Aqsa Dirampas
Terdahulu, hasil penyelidikan MIDF Research menjangkakan potensi peningkatan harga telur dalam masa terdekat berikutan bekalan sumber makanan itu yang terhad di Malaysia.
Selain itu, penganalisis, Genevieve Ng Pei Fen turut memaklumkan, penularan wabak selesema burung global telah menyebabkan bekalan telur di negara lain juga berkurangan.
Terbaru, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa harga ayam dan telur tidak lagi disubsidi, sebaliknya akan diapungkan bermula 1 Julai ini.