Tempatan

PMX Beria Nafi Tuduhan Bukan Islam, Takut Hilang Sokongan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – “Saya juga kurang pasti kenapa PMX beria-ria menafikan ‘tuduhan’ pihak bukan Islam ini. Adakah kerana beliau takut hilang sokongan atau memang beliau memang tidak menerapkan apa-apa elemen Islam dalam Kerajaan, atau satu kenyataan politik untuk melindungi apa yang beliau lakukan?” soal Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau mempersoal sedemikian susulan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan penerapan konsep Islam berlebihan dalam pentadbirannya seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Hj Aminuddin, kenyataan tersebut boleh dilihat dari beberapa perspektif.

“Pertama, ia melambangkan bagaimana puak segelintir orang bukan Islam ini begitu takut apabila ada sahaja usaha-usaha memperkasakan Islam. Mereka akan bersatu menentangnya habis-habisan. Mereka mahu negara menjadi dan kekal sebagai sebuah negara yang liberal dan sekular. Inilah yang mereka rancang termasuk usaha untuk meminda Perlembagaan mengikut selera mereka.”

“Kita tak boleh lupa isu Jawi dan kalimah Allah yang mendapat tentangan yang luar biasa dari mereka. Sebaliknya mereka bersungguh-sungguh untuk mempertahankan mana-mana umat Islam yang ingin murtad seperti yang berlaku kepada Lina Joy dan yang seumpamanya. Kini kita dengar sejak sekian lama mereka berusaha untuk menghalalkan (legalise) murtad, nauzubillah,” tegas beliau.

BACA JUGA: YDP Agong Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW

BACA JUGA: GEMPAR! Pelampau Zionis Israel Koyak Dan Campak Al-Quran Ke Tanah

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

Dari perspektif lain pula, Hj Aminuddin tertanya-tanya, “Sebenarnya apa yang PMX telah buat dalam menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan? Selain dari memperkenalkan istilah MADANI (yang sehingga kini tidak jelas malah mengelirukan), saya masih tidak nampak apa-apa elemen Islam yang telah diserapkan.”

Tambahnya, yang banyak didengar dalam ucapan PMX ialah beliau sentiasa mengkritik umat Islam yang dianggap ‘keras’ dan ‘ekstrem’ dan mahu umat Islam lebih ‘terbuka’ kepada agama-agama lain.

“Malah, beliau telah membidas umat Islam yang berdemonstrasi semasa timbul isu pembakaran al-Quran.”

Jelasnya, perkara-perkara tersebut dianggap ‘ekstrem’ walhal itu sebenarnya lambang ketegasan dalam mempertahankan agama Islam.

“Ramai yang lihat bahawa pendekatan PMX ini seolah-olah cuba ‘mencairkan’ semangat juang umat Islam. Maka, apa yang PMX telah terapkan Islam apatah lagi berlebihan?”

“Apa yang membimbangkan ialah pendekatan PMX melalui konsep MADANI ini hanya akan makin melemahkan semangat juang umat Islam manakala agama lain akan menjadi semakin dominan berbanding Agama Persekutuan,” tegas Hj Aminuddin lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: