Tempatan

Menghormati Rumah Ibadat Bukan Islam, Selari Politik Islam – Wan Ahmad Fayhsal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perikatan Nasional akan mempertahankan rumah-rumah ibadat bukan Islam apabila rumah-rumah ibadat tersebut terancam.

Menurutnya, perlindungan bagi rumah-rumah ibadat tersebut adalah dilihat sebagai sebuah prinsip penting di dalam politik Islam.

BACA JUGA: Air Bersih: Penyahgaraman Air Laut Adalah Pilihan Terakhir – SPAN

BACA JUGA: YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah

BACA JUGA: Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah

Ujar Wan Ahmad Fayhsal, ianya adalah sebuah prinsip penting yang tidak boleh ditolak ansur di dalam Islam bagi melindungi kesucian rumah ibadat bagi agama lain, apatah lagi dalam menjaga hak orang bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Kerajaan dan pemimpin Islam.

Beliau turut menyatakan bahawa adalah mustahil bagi para pemimpin Perikatan Nasional untuk melakukan apa yang beliau sifatkan sebagai “fantasi” Lim Guan Eng terhadap ‘gelombang hijau’, iaitu memusnahkan rumah-rumah ibadat bukan Islam.

Dalam kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa dakwaan Lim itu adalah tidak wajar kerana para pemimpin (Islam) berpegang kepada undang-undang Islam sebagai sebahagian daripada falsafah dan amalan politik mereka.

Ujarnya lagi, pemuda Perikatan Nasional akan menjadi yang pertama dalam melindungi rumah-rumah ibadat bukan Islam itu daripada pelampau, golongan sekular serta para pentaksub agama dan bangsa. Beliau selanjutnya turut menyatakan bahawa mana-mana pemimpin Muslim yang membuat kezaliman akan menempah neraka.

Selanjutnya, beliau menyatakan bahawa semoga pesanan beliau ini meresap jauh ke dalam minda-minda orang-orang DAP.

Sebelum ini, terdapat laporan berita yang menyebutkan bahawa Lim telah memberi amaran terhadap para pengundi di Pulau Pinang bahawa Perikatan Nasional akan memusnahkan tokong Cina atau Buddha jika perikatan tersebut memenangi pilihan raya. Namun Lim telah membuat penafian berkenaan kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: