Tempatan

Agong Cabar, UiTM Sambut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 25 Julai 2022 – Sejajar dengan hasrat dan cabaran yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui pusat perubatannya, Hospital Al-Sultan Abdullah akan mewujudkan Wad Klinikal Fasa Satu sebagai kemudahan ujian ubat-ubatan dan vaksin baharu yang dihasilkannya menjelang hujung tahun ini.

“Untuk menggalas hasrat Seri Paduka, Hospital Al-Sultan Abdullah akan mewujudkan Wad Ujian Klinikal Fasa Satu di Pusat Pakar Perubatan UiTM di Sungai Buloh untuk menguji ubatan-ubatan baharu,” kata Pengarahnya, Profesor Dr Sazzli Shahlan Kasim menurut Utusan.

“Kemudahan itu nanti boleh digunakan oleh sesiapa, maknanya siapa hendak uji ubat yang dihasilkan boleh dibuat di Wad Ujian Klinikal Fasa Satu UiTM,” ujarnya.

Kewujudan kemudahan itu menjadikan Hospital Al-Sultan Abdullah sebagai hospital universiti pertama dengan makmal tersebut dan yang kedua dalam negara selepas sebuah fasiliti milik Kementerian Kesihatan (KKM) di Sarawak.

Tambah beliau, “Kemudahan itu nanti boleh digunakan oleh sesiapa, maknanya siapa hendak uji ubat yang dihasilkan boleh dibuat di Wad Ujian Klinikal Fasa Satu UiTM.”

Hospital yang mengetengahkan seni reka bentuk bangunan yang diilhamkan daripada elemen molekul air zam-zam itu mula beroperasi pada 5 April tahun lalu, menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Wanita & Kanak-kanak, Klinik Pakar Pembedahan & Ortopedik dan Klinik Pakar Psikiatri.

Kata Profesor Dr Sazzli lagi, Hospital Al-Sultan Abdullah juga menghasilkan pasport pesakit yang mana pesakit boleh daftar masuk dan keluar secara dalam talian untuk rawatan pesakit harian dan membuat bayaran dengan kaedah sama.

“Malah ubat juga akan dikirim terus ke rumah pesakit tanpa perlu mengambilnya di kaunter farmasi,” ujarnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam menghadapi cabaran yang mendatang dengan menghasilkan vaksin dan kaedah perubatan tersendiri.

“Beta mencabar pengurusan hospital ini menghasilkan kaedah perubatan atau vaksin sendiri dan bukan sekadar perkhidmatan yang ada ketika ini.”

“Inilah antara harapan beta, jangkaan ini bersangkutan dengan nama beta di sini. Beta berharap perjalanan dan urusan hospital ini akan menjadi antara yang terbaik di Selangor khususnya, Malaysia amnya,” titah Baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: