Tempatan

WASPADA! Obor-Obor ‘Biru’ Membawa Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 09 Jun 2023 – Beberapa ekor obor-obor ‘biru’ dijumpai di sekitar pesisiran pantai peranginan seperti Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam dan Pantai Cherating, pada Rabu lalu.

Menerusi Facebook Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuantan, obor-obor itu dijumpai semasa anggota Surf Lifeguard sedang membuat rondaan di sekitar persisiran pantai.

BACA JUGA: Kumpulan Lapor Polis, Dakwa Kanak-Kanak Hindu Didakyah Kumpulan Kristian

BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”

BACA JUGA: Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantah Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia

Susulan tular penemuan obor-obor ‘biru’ tersebut, Jabatan Perikanan Pahang memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor yang ditemui ketika beriadah di pantai kerana dibimbangi ia daripada spesies berbahaya.

Mengulas lanjut, Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, kemungkinan obor-obor ‘biru’ yang ditemui itu adalah spesies Physalia Physalis (Portugese Man o’ War) dari kelas ‘Hydrozoa’.

Namun jelasnya, pihaknya tidak boleh mengesahkan spesies obor-obor itu tanpa ujian sampel.

Di perairan Malaysia, terdapat tiga spesis obor-obor beracun yang paling berbahaya iaitu Box Jellyfish (Chiropsalmus Quadrumanous), Lion’s Mane Jellyfish (Cyanea Capillata) dan Portuguese Man of War (Physalia Physalis) dan obor-obor yang paling kerap ditemui adalah jenis Box Jellyfish (Chiropsalmus Quadrumanous).

Sementara itu, orang awam turut dinasihatkan lebih peka dengan amaran awal seperti notis atau papan tanda amaran yang diberikan oleh anggota Surf Lifeguard yang bertugas di setiap kawasan sekiranya mengunjungi pantai yang berkenaan.

“Sekiranya berlaku sengatan obor-obor, segera laporkan kepada anggota Surf Lifeguard yang bertugas atau terus menghubungi talian kecemasan seperti yang berikut: talian kecemasan 999 atau talian terus 09-5171991 untuk bantuan 24 jam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: