Tempatan

PM Umum Cuti, Tarikh UPKK Dipinda Buat Kali Kedua

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 November 2022 – Susulan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan cuti peristiwa pada 28 November 2022, tarikh Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) telah dipinda buat kali kedua tahun ini.

Menerusi sebuah kenyataan media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju membuat pindaan kali kedua bagi tarikh UPKK Tahun 2022 melibatkan subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah).

JAKIM mengumumkan pindaan tarikh ujian bagi subjek tersebut daripada tarikh asal iaitu Isnin, 28 November 2022 kepada tarikh baharu Isnin, 05 Disember 2022.

Para calon UPKK bagi subjek Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) akan menduduki ujian selama 1 jam 30 minit iaitu bermula jam 2.15 petang pada hari berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, JAKIM turut memaklumkan, jabatan itu amat prihatin dengan keputusan yang ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK pada tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: