Tempatan

PM Tak Peduli Dituduh Ejen Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan tuduhan sebagai ejen rejim haram aparteid Israel yang dilemparkan terhadapnya, malah lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat.

“Saya telah dikatakan, seperti yang anda semua tahu, sebagai ejen banyak negara. Saya dikatakan ejen Amerika, Israel, India dan kini Turki,” ujar beliau, menurut berita tempatan.

Katanya dalam perhimpunan bulanan bersama 340 kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), daripada memberikan tumpuan terhadap cubaan fitnah, beliau lebih memilih untuk menumpukan perhatiannya pada kesejahteraan rakyat.

Kelmarin, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan, Anwar menggesa pihak berkuasa menyiasat sebarang kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri itu termasuk tuduhan sebagai ejen perisik rejim haram Israel.

Ujarnya, Pakatan Harapan (PH) juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan Anwar sebagai ejen Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: