Tempatan

PM Nafi Pernah Arahkan Tindakan Diambil Ke Atas Sesiapa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – “Saya tidak pernah mengarahkan tindakan diambil terhadap sesiapa sahaja. Saya hanya memberi arahan supaya tindakan diambil terhadap semua yang dikaitkan dengan masalah,” tegas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

BACA JUGA: Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

BACA JUGA: Wajibkan Ujian Saringan Kesihatan Mental Murid Sekolah Dua Kali Setahun

BACA JUGA: Negara Arab ‘Haram’ Tayangan Filem Baru Spiderman, Dipercayai Promosi Transgender

“Saya tidak ada di sini untuk pegang jawatan dan balas dendam, hina orang dan dakwa, serta menghukum… bukan kerja saya. Arahan saya jelas dan ingat semua penjawat awam Negeri dan Persekutuan di mana-mana peringkat sekalipun urus negeri dengan amanah dan baik.”

“Ini saya sebut kerana saya mahu keluarga penjawat awam ini yakin bahawa pimpinan berada di landasan yang betul dan supaya boleh bekerja dengan penuh semangat,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, semalam.

Tambahnya lagi, beliau mahu menghentikan sikap tamak yang dipamerkan oleh pihak tertentu apabila memegang jawatan, seperti pemberian kontrak kepada ahli keluarga dan kroni tanpa mengikut peraturan.

“Tidak boleh mengulangi sikap gelojoh yang bila pegang jawatan pastikan anak pinak, keluarga dan kroni kaya-raya tanpa ikut peraturan, memberi atau mengambil kontrak sesuka hati dan bila kena siasat dakwa ini semua tindakan politik.”

“Arahan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua penguatkuasa lain jalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani, tidak kira pangkat dan darjat,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: