Antarabangsa

PM & Jokowi Sepakat Lawan Diskriminasi Minyak Sawit Eropah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BOGOR, 10 Januari 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo bersepakat untuk melawan diskriminasi minyak sawit yang dilakukan Eropah.

BACA JUGA: Pecah Kedai & Curi Motosikal, Suspek Warga Asing Ditahan

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Mengekalkan LGBTfobia di Malaysia – Thilaga Sulathireh

BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku

“Berkenaan isu diskriminasi minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), saya dan Bapa Presiden bersetuju supaya Malaysia dan Indonesia terus bekerjasama rapat bagi menangani sebarang diskriminasi minyak sawit di peringkat antarabangsa,” kata Perdana Menteri.

Kenyataan tersebut disampaikan beliau seusainya pertemuan dua hala itu di Istana Kepresidenan Bogor, semalam.

Kata beliau, diskriminasi itu tidak berasas serta tidak mencerminkan kelestarian industri minyak sawit terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Malah, diskriminasi itu juga bertentangan dengan komitmen EU dan organisasi perdagangan dunia (WTO) berhubung perdagangan bebas.

Sebelum ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menzahirkan kebimbangannya susulan keputusan pihak EU untuk menyekat import beberapa barang termasuklah minyak sawit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: