Tempatan

PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 27 Januari 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa untuk melepaskan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga kes rasuahnya selesai.

Gesaan daripada Timbalan Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu itu adalah susulan daripada permohonan Zahid kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengembalikan pasportnya secara kekal supaya beliau dapat menjalankan tugas rasminya dengan lancar.

Menurut Faizal, permohonan Zahid itu akan mengganggu serta melengahkan perbicaraan berikutan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan pergi menjalankan tugas rasminya sekali gus akan memanjangkan lagi kes.

BACA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

BACA JUGA: Crackhouse: Bicara Permohonan Batal Senarai Hitam Kekal, 23 Mei Ini

BACA JUGA: Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

“Pendekatan terbaik untuk perkara ini ialah Anwar melepaskan Zahid daripada tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya dia boleh memberi tumpuan kepada proses mahkamah dan membuktikan bahawa dia tidak bersalah,” jelas bekas Ahli Parlimen Tambun itu lagi.

Ahmad Zahid sebelum ini mengatakan bahawa beliau memerlukan pasportnya itu bagi menjalankan tugasnya dengan lebih efektif termasuklah perjalanan rasmi ke luar negara.

Bagaimanapun, pihak mahkamah menahan pasportnya sebagai salah satu syarat jaminan sementara menunggu keputusan perbicaraan rasuah beliau.

Terdahulu, Zahid didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri ketika pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker