Tempatan

PM Anwar: Tesla Akan Buka HQ Di Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Julai 2023 – Syarikat jenama kenderaan elektrik Tesla akan membuka ibu pejabatnya di Selangor, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyatakan tahniah dan dukungan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk di Selangor pada tahun ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan secara maya melalui persidangan video bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc., Elon Musk yang juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX.

BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kes Tular Kanak-Kanak Maut Ketika Dapatkan Rawatan: HTAR Jalankan Siasatan

Dalam pada itu, Anwar mengalu-alukan kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia beserta keputusan untuk melabur di negara ini.

Katanya, “Malaysia akan terus memperkasa komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.”

Malaysia juga mempunyai pelan dan ekosistem yang komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik, tambah beliau.

Pada masa sama, mereka turut berbincang mengenai penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima untuk meningkatkan rangkaian internet global.

Ujarnya, langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat khususnya dari aspek pendidikan, potensi teknologi pertanian dan penjanaan pendapatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: