PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menimbang permintaan Sarawak supaya meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi takrifan yang lebih baik mengenai kedudukan negeri itu dan Sabah sebagai rakan setara dengan Semenanjung, kata Abang Johari Openg.
Ketua menteri Sarawak itu berkata, Perkara 160 wajar dipinda bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik antara negeri dengan persekutuan.
“Kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk melihat semula perkara ini dan meminda peruntukan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-20 Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di Kuching, hari ini.
Untuk berita penuh sila klik di sini