Terkini

PLKN 3.0 Dijangka Bermula Pertengahan 2025

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2024 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula secara berperingkat pada Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, PLKN 3.0 terbahagi kepada Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar tingkatan empat yang mana ia akan dilaksanakan di sekolah ketika kegiatan kokurikulum.

Manakala Fasa PLKN asas pula melibatkan remaja 17 tahun ke atas dan kedua-duanya ini; Fasa Pra PLKN dan projek rintis bagi Fasa PLKN Asas dijangka akan diperkenalkan seawall Jun tahun hadapan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kepada soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) berhubung status terkini pelaksanaan semula program itu pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut beliau, Fasa PLKN Asas dijangka akan dilaksanakan bermula April 2026 yang menerapkan 30 peratus modul asas kenegaraan dan 70 peratus latihan ketenteraan di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih seluruh negara.

“Pelatih PLKN juga diberi peluang menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang mereka minati. Modul bagi setiap latihan, khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan itu berbentuk intensif, lapangan dan praktikal,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: