Tempatan

PKPD Di 34 Mukim Selangor Ditamatkan – TPM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang tamat pada hari ini tidak dilanjutkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit.”

MKN pada 1 Julai lalu memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Dalam berita berlainan, beliau yang juga merupakan Menteri Pertahanan menegaskan, tiada kebenaran rentas negeri dibenarkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

“Saya nak beritahu yang rentas daerah, rentas negeri, di mana-mana fasa pun belum dibenarkan. Fasa satu memang tak boleh. Fasa dua pun masih tidak boleh.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button