Tempatan

Minggu Epidemiologi 21: Tiga Kematian Akibat Demam Denggi Direkodkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 Jun 2023 – Tiga kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi pada Minggu Epidemiologi 21 tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes demam denggi mengalami peningkatan daripada 2,444 kes pada minggu sebelumnya kepada 2,638 kes iaitu meningkat sebanyak 194 kes dengan peratusan 7.9 peratus.

Bagaimanapun, bilangan lokaliti hotspot mengalami penurunan iaitu dari 77 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 72 lokaliti pada minggu ini.

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

BACA JUGA: HSP 3.0: Majikan Diseru Galakkan Pekerja Buat Saringan Kesihatan Percuma Di Hospital Kerajaan

Jumlah tersebut menempatkan 53 lokaliti di Selangor, lapan lokaliti di Pulau Pinang, lima lokaliti di Sabah, empat lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Perak.

Sehubungan itu, KKM menyeru masyarakat untuk memastikan tiada bekas yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah serta tempat untuk melakukan kegiatan harian.

“Jarak terbang nyamuk Aedes adalah dalam radius 200 meter dan sekiranya terdapat kes demam denggi di sesebuah kawasan, nyamuk infektif akan membawa virus denggi dalam jarak sekitar 200 meter dari rumah kes,” kata kenyataan yang sama.

Beliau turut mengingatkan pesakit yang telah disahkan demam denggi untuk menghindarkan diri dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai repelan nyamuk agar virus denggi tidak dipindahkan kepada individu lain melalui gigitan nyamuk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: