Tempatan

Melaka Tutup Jalan Utama Jumaat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANDAR HILIR, 15 September 2022 – Melaka bakal menutup tiga laluan utama ke Bandar Hilir bermula 6:00 petang hingga 12:00 malam esok, 16 September 2022 sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan, tiga jalan yang terlibat adalah Jalan Taman, Jalan Kota dan Jalan Parameswara. Bagaimanapun, Jalan Tun Khalil Yaakob akan kekal dibuka seperti biasa.

“Seramai 336 pegawai dan anggota akan bertugas sepanjang sambutan berkenaan bagi memastikan majlis berjalan lancar dan kelancaran kawalan trafik.”

“Anggota kita akan berada di setiap laluan masuk ke Banda Hilir serta seluruh kawasan tumpuan pelancong bagi menjamin keselamatan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” jelas beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Menurut beliau, berikutan jangkaan sebanyak 20,000 kenderaan bakal masuk ke Bandar Hilir pada hari kejadian, pengunjung diberi kebenaran untuk meletak kenderaan di sekitar Menara Taming Sari, Melakaya Raya dan Pahlawan Walk.

“Bagi mereka yang meletakkan kenderaan di Pulau Melaka, pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bas Panorama yang akan berulang-alik secara percuma membawa pengunjung ke lokasi sambutan bermula pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi.”

“Polis menasihatkan orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan Hari Malaysia agar datang awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: