NGO

LGBT Membiak & Merebak Kerana Pihak Berwajib Culas Tangani – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2022 – “Saya melihat masalah atau kegiatan LGBT memang semakin menjadi-jadi membiak dan merebak seluruh negara. Golongan ini berkembang seperti tidak ada mana-mana pihak dapat menghalangnya,” ujar Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.

Menurutnya, ianya akan terus berkembang jika tindakan tegas tidak diambil dari sekarang.

“Kita sudah tahu aktiviti ini bertentangan dengan Islam dan budaya masyarakat pelbagai agama dalam negara ini tapi pihak berwajib culas untuk menanganinya,” katanya.

Jelas beliau, antara sebab ianya semakin menjadi-jadi adalah bilamana stesen-stesen TV membenarkan kumpulan ini mengambil bahagian dalam pelbagai jenis program disiar secara rakaman mahupun secara langsung. Ianya seolah-olah Kerajaan mengiktiraf golongan ini.

Beliau berkata, apa lagi sekarang ini dengan pelbagai bentuk media baru seperti Facebook, Instagram, TikTok mahupun YouTube begitu bebas digunakan oleh golongan ini untuk mempromosikan diri mereka dengan pelbagai cara yang telah mempengaruhi orang lain menyukai dan menyertai mereka.

“Jadi untuk menangani isu ini, golongan ini perlu dihalang dari menyertai mana-mana program TV Kerajaan mahupun swasta,” tegasnya.

Selain itu, golongan ini perlu disisihkan bukan dari masyarakat buat masa ini tetapi disisih dari mendapat tempat di mana-mana pentas yang boleh dilihat oleh masyarakat ramai.

“Bukan sahaja artis-artis yang lembut yang suka fesyen wanita, jurusolek mak nyah juga diketepikan dari mendapat ‘job’ dalam mana-mana stesen TV. Jika mereka diberi tempat, secara tidak langsung kita telah mengiktiraf mereka sebagai salah satu gender selain lelaki dan perempuan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, SKMM juga perlu pantau aktiviti pengguna akaun media sosial.

Sudah tentu, Kerajaan ada hak pantau dan ambil tindakan seperti memadamkan akaun media sosial mereka untuk tidak boleh ditonton oleh sesiapa yang berada dalam negara ini.

Jelasnya, biar apa pun masyarakat luar negara mengutuk Kerajaan Malaysia, namun Kerajaan perlu tegas dalam isu ini. Selagi MP Islam masih majoriti walau bukan di bawah payung yang sama, kita perlu tegas dari sekarang.

Menurut Syed Hassan, kalau dulu stesen televisyen boleh haramkan artis lelaki berambut panjang, tetapi disebabkan keterbukaan para pemimpin Melayu mahu buktikan mereka menyokong kebebasan berkarya kononnya, akhirnya, semua TV stesen penuh dengan artis yang sudah hilang jati diri terhadap budaya dan sopan santun sebagai seorang warganegara, yang Islam adalah agama Persekutuan ini.

Beliau berpandangan, peranan JAKIM juga sangat mendukacitakan dalam membasmi isu ini.

“Saya rasa 70 peratus urusan JAKIM lebih kepada hal ehwal Sumber Manusia (human resources) untuk warga JAKIM.”

Saban masa, mereka bincang kenaikan pangkat, bincang kenaikan gaji, bincang lawatan sana sini, bincang program-program dalam dewan dengan kehadiran KP, program dengan kehadiran KSU atau program-program dengan kehadiran Menteri.

Selain itu, mereka juga sibuk dengan tender-tender baik pulih bangunan, ‘renovation’ pejabat dan macam-macam mesyuarat hal-hal bersangkutan dengan HR.

Kemudian, sekali-sekala buat serbuan di pusat-pusat hiburan dan dalam rumah-rumah kediaman orang, tangkap siapa-siapa yang sedang berkhalwat.

Malah, mereka lebih sanggup mencari lokasi-lokasi tersembunyi dari bertindak yang ada depan mata di kaki lima yang kita semua mudah jumpa.

“Tidak faham betul kerja harian mereka ni apa sebenarnya tujuan agensi ini ditubuhkan?” soalnya.

Bukan itu sahaja, tambah Syed Hassan lagi, samalah halnya dengan YADIM yang sepatutnya YADIM lah berdakwah kepada golongan ini.

Tetapi, YADIM saya lihat suka buat program-program dalam dewan berhawa dingin dengan menjemput beberapa pihak seperti NGO-NGO sejak sekian lama bincang isu semasa berkaitan serangan terhadap Islam dan masalah LGBT.

Walaupun setiap kali program ada dikeluarkan beberapa resolusi ataupun persetujuan untuk bertindak, tetapi sebaik tamat program itu, segalanya senyap sahaja. Masalah terus berlaku. Tindakan tidak juga dibuat sepenuhnya.

YADIM juga pada saya perlu diaudit kegiatan mereka dalam berdakwah mencapai atau tidak KPI. Takkan nak jawatan seperti YDP dan barisan pemegang amanah makan gaji buta sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: