Tempatan

PKP Penuh Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri sebentar tadi.

“Kementerian Kesihatan Malaysia telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.”

“Sehubungan dengan itu, PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.”

Tambah beliau, senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Untuk makluman, tempoh pelaksanaan PKP penuh seluruh negara yang bermula pada 1 Jun 2021 lalu sepatutnya tamat pada 14 Jun 2021 ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker