Tempatan

18 Juta Pelancong Asing Dijangka Melawat Malaysia Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2023 – Malaysia dijangka akan menerima peningkatan pelancong asing melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini dengan jangkaan seramai sekurang-kurangnya 18 juta pelancong.

Jumlah tersebut telah melepasi angka 16.1 juta orang pelancong asing sebagaimana sasaran awal yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Ammar Abdul Ghapar di dalam sebuah kenyataannya di Kuala Lumpur Isnin lalu.

BACA JUGA: Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka

BACA JUGA: Rakyat Rayu Kerajaan Bantu Bina Jalan Dan Kemudahan Asas

BACA JUGA: Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk

Ujarnya, sasaran yang ditetapkan sebelum ini adalah berdasarkan pelbagai faktor diantaranya adalah peningkatan kekerapan pesawat, perluasan kadar operasi penerbangan penumpang serta cuti hujung tahun.

Beliau menerusi ucapannya telah menzahirkan harapan agar jangkaan seramai 18 juta pelancong asing yang datang ke Malaysia itu dapat dicapai dan menurutnya lagi, pihak beliau sangat optimis akan perkara tersebut.

Kenyataannya dibuat sewaktu merasmikan majlis Jordan Tourism Board Roadshow and Business Dinner yang turut dihadiri oleh perwakilan Jordan di Malaysia, Bilal Al Nsour serta para usahawan pelancongan daripada Jordan dan Malaysia.

Ammar turut menyatakan bahawa Malaysia telah merekodkan ketibaan seramai 4.5 juta pelancong asing bagi suku pertama tahun ini.

Selain itu, beliau turut membuat makluman bahawa sebuah pengumuman juga akan dibuat berkenaan dengan insentif yang bakal diberikan kepada operator-operator penerbangan penumpang di negara ini dalam usaha untuk merancakkan sektor pelancongan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: