Tempatan

Aplikasi Terkenal Tawar Pinjaman, Semakin ‘Mudahlah’ Orang Hendak Meminjam – PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu hantaran menghebahkan bahawa orang ramai kini sudah semakin mudah untuk membuat pinjaman susulan aplikasi atas talian yang cukup terkenal juga telah mula menawarkan pinjaman peribadi.

Walau bagaimanapun, tawaran pinjaman peribadi tersebut datang dengan kadar bunga sehingga 18 peratus dan sekiranya pembayaran tidak dilangsaikan mengikut jadual, maka kadar bunga akan bertambah kepada lapan peratus.

BACA JUGA: Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40

BACA JUGA: Lim Kit Siang Dakwa Gelombang ICERD Timbul Kerana Penipuan, Fitnah & Berita Palsu

BACA JUGA: Sudah Tiba Masanya Teks Perlembagaan Menggunakan BM Sebelum Pertembungan Besar Berlaku

PPIM juga dalam hantarannya meminta pendapat warganet berkenaan perkara ini, “Banyak bawa baik atau buruk?”

Rata-rata pengguna media sosial memberi komen dengan menyatakan kebimbangan sekiranya pinjaman tersebut berunsur riba.

@faalhak, “Islamically speaking, akhir zaman, dah tak takut atau tak jelas halal haram. Terang ii menindas yang susah. Riba. Wallahu a’lam.”

@rafaelmohd pula berpendapat bahawa, “Masaalahnya,bank2 pun susah nak pinjam,mcm mana rakyat yg terdesak tak cari alternatif lain.Sistem kat dlm negara ni pun dah menindas,apa solution yg ada.Memang membebankan,tapi kalau menyelami hati2 yg terdesak,barulah faham kenapa jadi mcm ni.Kita sepatutnya perbetulkan sistem yg ada,barulah dapat manafaat pada yg bawah2.Sampai bila nak jadi manusia yg sujud dan angguk sahaja…”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: