PRU-15

PRU-15: BN Janji Bantuan Automatik Isi Rumah RM2,208

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 November 2022 – Pengkreditan bantuan secara automatik buat semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,208 menjadi ikrar Barisan Nasional (BN) menerusi manifestonya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Skim Bantuan Pendapatan Asas tersebut merupakan tambahan pendapatan bulanan buat semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

Manifesto tersebut yang diumumkan beliau semalam merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan sekali gus menjadikan insiden kemiskinan mutlak hanya tinggal sejarah di Malaysia.

Jelas beliau lagi, skim tersebut bukan sahaja membantu dalam menangani kos sara hidup yang sangat membebankan, tetapi ia juga merupakan jalan yang paling adil, munasabah dan strategik.

Dalam pada itu, BN turut menjanjikan asuhan nasional percuma buat ibu bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah.

Pendigitalan besar-besaran turut dijanjikan BN dengan melaksanakan sistem persekolahan tanpa buku teks serta menghulurkan komputer riba percuma kepada golongan B40.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: