NGO

KERAJAAN MESTI TOLAK PENGIKTIRAFAN UEC SECARA JELAS – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1. PEMBELA yang mewakili pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam utama di Malaysia menegaskan bahawa kami sekeras-kerasnya menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ianya jelas bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta 556 Pendidikan Negara dan Dasar Bahasa Kebangsaan. UEC membawa silibus yang menyeleweng dari luar negara dan tidak mengguna Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar pendidikan.

2. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal berita Samudera.my, UEC bakal diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai tawaran daripada pihak pembangkang sebagai syarat sokongan Perjanjian Keyakinan dan Bekalan (CSA) kepada pihak kerajaan pada 14 September 2021 untuk kekal berkuasa.

3. PEMBELA ingin menegaskan pengiktirafan UEC adalah pengkhianatan kepada negara dan berlawanan kehendak Raja-Raja Melayu kerana bersifat subversif serta meremeh, memperlekeh dan jelas mengesampingkan Bahasa Kebangsaan terutamanya dalam pendidikan. Ini bukan lagi andaian tetapi realiti semasa.

4. Pihak kerajaan sepatutnya lebih memahami kesan buruk mengiktiraf UEC yang akan melunturkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini. Sudah dipersetujui sebelum ini formula mengukuhkan perpaduan mesti kembali kepada Dasar Pendidikan Negara yang menekan penggunaan Bahasa Kebangsaan, kurikulum dan sistem peperiksaan yang selaras.

5. Pengiktirafan UEC mewujudkan sijil substandard dan dikendali oleh badan yang sejarah awalnya berkiblatkan kuasa asing dan hingga kini tidak selaras dengan ciri-ciri kenegaraan Malaysia. Apakah kerajaan mahu berkompromi dengan mereka yang menolak Dasar Pelajaran Kebangsaan dan menolak sistem pendidikan negara serta menambah kecelaruan yang sedia ada?

6. PEMBELA berpandangan pengiktirafan UEC akan mewujudkan persaingan tidak wajar dalam peluang pengajian tinggi dan pekerjaan kepada lepasan sekolah menengah kebangsaan yang tidak menurut acuan kenegaraan. Ini mesti dihentikan. Justeru, maka dengan ini PEMBELA:

i. Mendesak agar pihak kerajaan tidak mengiktiraf UEC demi memelihara kedudukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan Negara dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

ii. Menyaran agar pihak kerajaan mengambil serius perihal isu ini kerana ia membawa implikasi besar kepada negara ini.

iii. Menuntut kerajaan memberikan jaminan bahawa UEC tidak dijadikan bahan dagangan dalam perjanjian CSA walau apa sekalipun, termasuk di belakang tabir.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: