Tempatan

Krisis Gula Berakhir Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 30 Mei 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memaklumkan bekalan gula di negeri itu dijangka kembali pulih bermula 1 Jun ini.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, pihak Kerajaan telah mendapat akujanji daripada pengilang untuk kembali mencapai tahap pengeluaran 400 metrik tan sehari menjelang 1 Jun ini.

Sebelum ini, bekalan gula di Kedah terganggu setelah satu-satunya kilang di negeri itu mengalami kerosakan pada 16 April lalu.

Akibat kerosakan yang berlaku, penghasilan gula oleh kilang tersebut berkurangan daripada 400 tan metrik sehari kepada cuma 250 tan sehari.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Keharmonian Lebih Penting Daripada Tegakkan Hak – Mat Sabu

BACA JUGA: Pahang Minta JAIP, JAKOA Bantu Selesai Isu Hak Jagaan Anak Orang Asli

BACA JUGA: Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

Walaupun kerosakan itu diatasi sepenuhnya pada 17 Mei lalu, namun kilang tersebut didakwa memerlukan masa untuk kembali mengeluarkan gula pada kadar sepatutnya.

Mengulas lanjut, Affendi berharap berita gembira ini dapat melegakan semua pihak.

Dalam pada itu, Affendi turut menegaskan agar tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan termasuk mengenakan syarat tertentu kepada pengguna mahu pun peruncit bagi mendapatkan gula.

“Kalau peruncit atau pemborong buat catuan kerana nak pastikan pembeli dapat gula selain mengelak pembelian panik, itu tak mengapa dan kami tak akan halang. Tetapi kalau letak syarat pembeli perlu beli gula premium terlebih dulu sebelum dibenarkan membeli gula kasar, itu dilarang di bawah akta kawalan bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama pihak pengilang selain 14 daripada 20 pemborong gula di Kedah, semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: