Antarabangsa

Afrika Selatan Tuntut ICC Keluar Waran Tangkap Terhadap Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PRETORIA, 21 November 2023 – Kerajaan Afrika Selatan telah memohon Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan menetapkan tarikh akhir untuk tindakan ini pada pertengahan Disember depan.

Gesaan itu disuarakan oleh Menteri dalam Kepresidenan, Khumbudzo Ntshavheni,  yang memberi amaran bahawa kegagalan ICC untuk mengeluarkan waran menandakan sistem tadbir urus global telah mengalami keruntuhan dan kegagalan. Gesaan ini menandakan pendirian berani dari negara Afrika.

Afrika Selatan turut berganding bahu bersama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros, dan Djibout dalam mengemukakan pertuduhan kepada ICC untuk menyiasat dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Sebelum ini, Afrika Selatan juga telah memulakan proses menarik balik kakitangan diplomatiknya dari Israel. Selain itu, ia juga telah menimbulkan keraguan tentang penerimaan berterusan duta Israel di Pretoria. Perkembangan ini menjadi petunjuk yang jelas, hubungan tegang antara Afrika Selatan dan Israel.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Logam Afrika Selatan (Numsa) turut menyuarakan seruan untuk penahanan Netanyahu atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin kepada Perdana Menteri Israel itu.

Usaha kolektif Afrika Selatan ini telah mewujudkan perdebatan antarabangsa yang memerhati tindakan Netanyahu dan keadaan berterusan di Gaza. Tambahan pula, penutupan kedutaannya, mencerminkan keteguhan hati penduduk Afrika Selatan dalam perkara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: