Terkini

Peneroka Yahudi Bakar & Bunuh 30 Ribu Ayam Milik Penduduk Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NABLUS, 15 Oktober 2022 – “Peneroka Yahudi membakar ladang milik Palestin berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, membunuh 30,000 ekor ayam,” dedah kolumnis Byline Times, CJ Werleman dalam Twitternya.

Menurut laman web The Palestinian Information Center, tiga bangunan agrikultur dan sebuah kereta musnah apabila pelampau Yahudi melancarkan serangan pembakaran di kampung Qusra, selatan Bandar Nablus, di bawah perlindungan tentera.

Tambah laman web itu, pekan dan kampung Palestin di kawasan pedalaman selatan Nablus, terutamanya, Qusra, Jalud dan Burin, sentiasa terdedah kepada serangan berulang oleh peneroka Yahudi.

Dilaporkan bahawa serangan semakin meningkat sewaktu musim menuai buah zaitun bagi mendatangkan kerugian besar kepada petani dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka sekali gus terdedah dengan serangan dari peneroka rejim haram aparteid Israel.

Buah zaitun merupakan sumber pendapatan utama rakyat Palestin terutamanya yang tinggal di Tebing Barat. Selama bertahun-tahun, pokok zaitun, buah, daun, dan dahannya telah menjadi simbol negara Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: