Antarabangsa

Pihak Berkuasa Palestin Bertindak Kasar, Pukul Dan Culik Pejuang Hamas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AL-KHALIL, 17 Disember 2022 – Tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah bertindak kasar terhadap para pejuang HAMAS dengan memukul dan menculik mereka dalam serbuan di kawasan Wadi Abu Katila, bandar Al-Khalil baru-baru ini.

Menurut portal negara itu, sebilangan besar tentera PA menyerbu beberapa buah rumah milik keluarga Karama dan menyerang pemudanya hanya kerana meletakkan bendera HAMAS di salah sebuah rumah mereka.

Pasukan itu telah menculik lima anggota pejuang HAMAS selepas membelasah mereka dengan teruk dan melepaskan peluru hidup serta gas pemedih mata dalam serbuan berkenaan.

Dalam pada itu, serbuan tersebut turut mendapat respon negatif daripada tokoh tempatan Tebing Barat yang beranggapan PA dan tentera rejim haram aparteid Israel menggunakan kekerasan melampau apabila menyerbu rumah dan membuat tangkapan.

Tegas mereka, pegawai PA khususnya, menggunakan renjatan elektrik, bom tangan, belantan dan tong gas pemedih mata semasa serbuan dijalankan.

Penganalisis berkata, kempen penangkapan sedemikian menunjukkan PA dan rejim haram aparteid Israel masih takut dengan pengaruh HAMAS yang semakin meningkat di wilayah Tebing Barat.

Baru-baru ini, PA dan pasukan keselamatan rejim Israel menggiatkan lagi kempen penangkapan terhadap pejuang HAMAS dan penyokongnya sebagai halangan daripada mengingati ulang tahun penubuhan pergerakan HAMAS yang ke-35.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: